Norazmi bin Amir Hamzah

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmat-Nya.

Matlamat utama pembangunan Portal Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) adalah berusaha ke arah mencipta satu imej eksklusif agar kewujudannya dapat diketahui umum sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung ke sini. Portal PTNJ ini merupakan satu platform bagi tujuan mempromosikan kesemua Taman Negara Johor dan Tapak Ramsar dengan memaparkan keindahan dan keunikannya.

Selain itu, ia menyediakan kemudahan dan akses yang mesra pelanggan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Dengan penyediaan maklumat yang lengkap, diharapkan segala informasi yang diperlukan termasuk maklumat kemudahsampaian, pakej, perkhidmatan dan sebagainya dapat dimanfaatkan oleh semua pelayar Portal ini.

Pihak PTNJ mensasarkan lebih ramai para penyelidik dan saintis dunia dengan adanya Portal PTNJ ini dalam meneroka khazanah serta kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Taman Negara Johor.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pembangunan Portal PTNJ ini.

Sekian, terima kasih.