Yang Berhormat Datuk Hj. Ayub bin Rahmat

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan & Penerangan Negeri Johor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam 1Malaysia dan Salam Muafakat Johor.

Bersyukur saya kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya pihak Perbadanan Taman Negara Johor telah berjaya membangunkan laman Portalnya tersendiri yang dikenali sebagai Taman Negara Johor. Syabas dan tahniah saya ucapkan!

Pembangunan Portal Taman Negara Johor ini merupakan satu lagi inisiatif pihak PTNJ dalam mempromosikan usaha-usaha murni terhadap pemuliharaan alam semulajadi agar masyarakat sedar tentang pentingnya kepelbagaian diversiti di muka bumi ini.

Peranan dan fungsi PTNJ dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan Pihak Berkuasa Negeri Johor dapat dipaparkan agar ianya diketahui umum. Di samping itu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan akan memudahkan kepada orang ramai khususnya pencinta alam semulajadi untuk mendapatkan maklumat dan persediaan awal sebelum mengadakan kunjungan ke Taman Negara Johor. Saintis dan para penyelidik juga akan turut mendapatkan kebaikan serta manfaat daripada Portal PTNJ ini di mana mereka dapat mendapatkan data, laporan serta terbitan karya berkenaan kepelbagaian yang ada di Taman Negara Johor.

Harapan saya, marilah kita sama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah yang telah disatukan dalam bentuk teknologi terkini ini agar ianya dapat dimanfaat secara bersama.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Norazmi bin Amir Hamzah

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmat-Nya.

Matlamat utama pembangunan Portal Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) adalah berusaha ke arah mencipta satu imej eksklusif agar kewujudannya dapat diketahui umum sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung ke sini. Portal PTNJ ini merupakan satu platform bagi tujuan mempromosikan kesemua Taman Negara Johor danTapak Ramsar dengan memaparkan keindahan dan keunikannya.

Selain itu, ia menyediakan kemudahan dan akses yang mesra pelanggan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Dengan penyediaan maklumat yang lengkap, diharapkan segala informasi yang diperlukan termasuk maklumat kemudahsampaian, pakej, perkhidmatan dan sebagainya dapat dimanfaatkan oleh semua pelayar Portal ini.

Pihak PTNJ mensasarkan lebih ramai para penyelidik dan saintis dunia dengan adanya Portal PTNJ ini dalam meneroka khazanah serta kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Taman Negara Johor.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pembangunan Portal PTNJ ini.

Sekian, terima kasih.