September 6, 2018 News No Comments

 

Pontian, 2 September 2018 : Perbadanan Taman Negara Johor melancarkan logo baharu di Taman Negara Johor Tanjung Piai juga merupakan Penghujung Tanah Besar Benua Asia.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor merangkap Penaung Di Raja Perbadanan Taman Negara Johor. Hadir sama YAB Dato’ Hj. Osman Bin Hj. Sapian, Menteri Besar Johor serta Pegawai Kerajaan Negeri Johor dan 200 jemputan dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan.

Di antara objktif pelancaran logo baharu ini adalah penjenamaan semula sistem pengurusan Perbadanan Taman Negara Johor bagi mempertingkatkan fungsi penubuhan semenjak bermula pada tahun 1989.

Ini termasuk konservasi alam semulajadi melibatkan flora dan fauna yang diancam kepupusan di peringkat globa berdasarkan IUCN Red List. Justeru, Perbadanan Taman Negara Johor menjelmakan ikon Badak Sumatera (Dicerorhinus Sumantrensis) dan Pokok Kipas/Sabun (Livistona enduensis)  yang telah dipertingkat sebagai logo baharunya (www.johornationalparks.gov.my).

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan, hanya ada sekitar 70 ekor (2009) spesis Badak Sumatera yang masih wujud di Malaysia. Bagaimanapun jumlahnya kini tidak dapat dipastikan.

Disediakan oleh : Afendi Abdullah