Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages
Filter by Categories
Articles
News

Berkayuh lebih 50km ke Taman Negara Endau Rompin-Selai

Home » News » Berkayuh lebih 50km ke Taman Negara Endau Rompin-Selai

September 27, 2017 News No Comments

LABIS 26 Sept. – Seramai 50 kaki­tangan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan negeri dan ahli Orang Johor Cycling Team serta anggota polis berkayuh sejauh lebih 50 kilometer (km) dari pekan Bekok ke Taman Negara Endau Rompin-Selai bagi menjayakan Taman Negara Endau Rompin Selai Eko Ride, baru-baru ini.

Pengarahnya, MagdlaneTuborng Malai berkata, sepanjang tiga hari program yang berakhir semalam itu, pelbagai aktiviti lasak diadakan bagi membentuk kerjasama berpasukan dan memupuk nilai cintakan alam antara peserta.

“Selain menunggang basikal sambil menikmati udara segar dan pemandangan indah, peserta turut membersihkan kawasan Lubok Tapah di taman negara tersebut sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Peserta turut mengadakan night walk, meredah hutan serta melawat beberapa air terjun yang terdapat di kawasan taman negara ini bagi mendekatkan lagi peserta dengan alam,” katanya sambil memberitahu program kali keempat tersebut diadakan selepas dianjurkan di Taman Negara Endau Rompin-Peta pada 2014 hingga 2016.

Menurutnya, para peserta tu­rut melawat dan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama penduduk Orang Asli Selai bagi memberi peluang kepada mereka melihat serta mempelajari adat resam serta gaya hidup sebenar masyarakat suku Jakun tersebut.

Magdlane berkata, masya­rakat Orang Asli begitu dekat dengan alam semula jadi terutamanya hutan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan serta tempat mereka mencari rezeki.

“Ini merupakan satu kelebihan yang kita miliki sebagai satu aset pelancongan yang boleh menarik kehadiran ramai pelancong asing, sekali gus memberi faedah terhadap sektor pelancongan dan ekonomi negara.

“Justeru, masyarakat tidak harus menyisihkan masyarakat Orang Asli kerana mereka juga mampu menyumbang kepada pembangunan sektor pelanco­ngan negara menerusi keunikan budaya mereka,” katanya.

Related Posts

Leave a Comment