Oktober 21, 2021 Berita Tiada Ulasan

ISKANDAR PUTERI (Khamis – 21hb 0kt 2021) Taman-Taman Negara Johar yang sentiasa
menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara, kini bersedia untuk menerima
kedatangan pengunjung-pengunjung selepas dibenarkan beroperasi semula bermula 1
November ini.

“Berita baik buat semua pengunjung termasuk pencinta alam semula jadi, Taman-Taman
Negara Johar menanti kedatangan anda semua.

“Pembukaan Taman-Taman Negara Johar adalah selaras dengan kebenaran yang termaktub
dibawah garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata Pengarah Perbadanan
Taman Negara Johar (PTNJ), Tuan Haji Hanis Musalman Salehan dalam satu kenyataan
media.

Hanis Musalman berkata, Taman-Taman Negara Johar bukan sahaja merupakan sebuah
destinasi eko-pelancongan yang terkenal di Malaysia, malah pengunjung pastinya akan
terpesona dengan keindahan flora dan faunanya.

Menurut Hanis Musalman, Taman Negara Johar Endau-Rompin PETA, Taman Negara Johar
Endau-Rompin Selai, Taman Negara Johar Gunung Ledang dan Taman Negara Johar
Tanjung Piai dibuka sepenuhnya, manakala Taman Negara Johar Pulau Kukup dibuka hanya
untuk aktiviti memancing dan menaiki bot.

“Pastinya pengunjung-pengunjung dari pelbagai negeri termasuk rakyat Johar sendiri sudah
tidak sabar untuk berkunjung ke Taman-Taman Negara Johar bersama keluarga dan sahabat
untuk percutian serta melakukan pelbagai aktiviti menarik,” tambahnya.

Jelas beliau, pengunjung perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan antaranya
lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dan sentiasa-memakai pelitup muka.

“lndividu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa masuk anak-anak
berusia 18 tahun ke bawah bagi sebarang aktiviti dengan pematuhan SOP ketat” katanya.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman sesawang Perbadanan Taman
Negara Johar di www.johornationalparks.gov.my

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
En Abdul Aziz bin Mohd Top
Tel: 07 – 266 1301
Emel: marketingptnj@gmail.com