Julai 2, 2019 Pelbagai Tiada Ulasan

Tarikh  : 15 Februari hingga 19 Februari 2019

Lokasi  : Daerah Ledang Tangkak dan berkeluasan 320.21 ha dan status tanah PTD 8303 telah diwartakan sebagai pelan warta 1407 di dalam Ringkasan Mesyuarat  Bilangan 214/1976 bertarikh 27 Jan 1976 (PTM(T)4/71) sebagai kawasan tadahan air oleh pihak BAKAJ.

Penyertaan  :   50-60 penyelidik ( Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),  Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan  Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

Penemuan:  Kawasan ini penting kerana mempunyai spesis yang unik iaitu Cycas cantafolia (spesis endemik), Senyum minutiflora (spesis terancam), Livistona  speciosa (rekod baru) dan Erythrorchis altissima Blume (spesis jarang ditemui). Kertas kerja saintifik telah dibentangkan di Seminar Warisan Semulajadi Negeri Johor 2017.

Status  : Diwartakan pada 31 Januari 2019 sebagai sebahagian daripada Taman Negara Johor Gunung Ledang.