Di Dalam Taman

Terdapat beberapa pilihan dari segi penginapan di dalam taman. Bergantung pada jadual perjalanan, anda boleh memilih untuk tinggal di Kompleks Pelawat, NERC, Kuala Jasin atau Kuala Marong.

Chalet dan asrama boleh didapati di Komleks Pelawat dan NERC (walaupun keutamaan NERC diberikan kepada penyelidik). Kafeteria di Kompleks Pelawat ada menyediakan makanan panas, manakala makanan yang dimasak di rumah boleh disediakan oleh keluarga terpilih di Kampung Peta atas permintaan.

Chalets serta tapak perkhemahan yang luas boleh didapati di Kuala Jasin. Setiap chalet mempunyai bilik mandi bersambung, sementara yang berkhemah boleh menggunakan bilik mandi biasa. Terdapat tapak perkhemahan yang lebih kecil di Kuala Marong yang boleh memuatkan sekitar 40 orang. Jika anda ingin berkhemah, sila ambil perhatian bahawa anda perlu membawa khemah anda sendiri, beg tidur dan peralatan perkhemahan lain yang diperlukan.

Anda juga perlu membawa kelengkapan untuk memasak makanan anda sendiri jika anda menginap di Kuala Jasin atau Kuala Marong. Dapur dan ruang makan boleh didapati di kedua-dua tapak, tetapi anda perlu membawa dapur anda sendiri, periuk, alat makan, bahan-bahan dan apa sahaja yang diperlukan untuk menyediakan makanan. Jika anda rasa seperti banyak barang untuk dibawa, anda boleh meminta bantuan untuk membawa semua peralatan ke tapak.


Jakun Homestay

Untuk pengalaman budaya, anda boleh tinggal di Kampung Orang Asli Kampung Peta, hanya bersebelahan jalan raya dari Kompleks Pelawat. Terdapat beberapa homestay dan sekitar kampung yang dimiliki dan dikendalikan oleh koperasi kampung atau masyarakat tempatan. Ini termasuk rumah-rumah tradisional di sana yang mempunyai bekalan elektrik dan air. Untuk pengalaman yang lebih unik, terdapat pondok hutan dan tapak perkemahan tidak jauh di sepanjang Sungai Endau. Ia dibina sebagai tempat perlindungan sementara yang digunakan oleh masyarakat Jakun ketika di dalam hutan, pondok-pondok tersebut terletak bersebelahan dengan jalan yang kadang-kadang dilalui gajah. Pakej homestay biasanya termasuk dengan makanan yang dimasak di rumah.

Aktiviti menyeronokkan yang boleh diatur sepanjang penginapan anda termasuk river tubing, melihat hidupan liar, menyumpit, demonstrasi memasak, tenunan dan permainan tradisional. Anda juga boleh pergi membeli-belah produk buatan tangan buatan masyarakat tempatan seperti bakul, tikar dan kercang.