Endau-Rompin Peta | Pesona Hutan Hujan

TEROKAI HUTAN BELANTARA YANG MENCABAR DI LEMBAH HULU SUNGAI ENDAU

Ditubuhkan pada tahun 1993, Taman Negara Johor Endau-Rompin berkeluasan 48,905 ha adalah kawasan perlindungan terbesar  di Selatan Semenanjung Malaysia. Hutan hujan tertua yang teletak di Tenggara Johor ini merupakan khazanah biodiversiti dan habitat kritikal yang sangat penting bagi kelangsungan hidup megafauna yang terancam di negara ini, termasuk harimau malaya, tapir malaya dan gajah Asia.

Terdapat dua pintu masuk utama ke taman negara Johor Endau Rompin  iaitu pintu masuk Peta yang terletak di sempadan timur, di daerah Mersing dan pintu masuk Selai di sempadan barat daya, di daerah Segamat.

Pintu masuk Peta merupakan laluan ke hutan belantara di lembah Ulu Sungai Endau , di mana terdapat sungai-sungai yang mengalir jernih dan daya tarikan utamanya adalah air terjun. Lawatan ke Peta juga merupakan satu pengalaman kebudayaan, memandangkan lembah Endau terletak di tanah adat penduduk Kampung Peta yang kelangsungan hidupnya bergantung dengan hutan dengan cara hidup yang unik dan sukar dijelaskan. Melalui mata dan hati masyarakat Jakun, tanah yang abadi ini dipenuhi dengan sejarah lisan; dihuni oleh makhluk yang tidak kelihatan; dan hidup dengan mesej tersembunyi untuk mencintai haiwan.

5 tempat menarik di Peta:

  • Upeh Guling – Disajikan oleh pemandangan salah satu air terjun yang paling indah di negara ini.
  • Buaya Sangkut – Alami perjalanan yang mencabar ke kaki air terjun yang hebat ini.
  • Janing Barat – Nikmati pengalaman dunia lain di hutan palma.
  • Tasik Biru – Berenang bersama ikan di air jernih Tasik Air Biru.
  • Kampung Peta – Aspirasi keraian dan kebudayaan orang Hulu yang asli.
 

 


Galeri Foto