Kompleks Pelawat

Kompleks Pelawat Selai adalah kawasan yang serba lengkap di mana terdapat pejabat taman, kafeteria, dewan, chalet, asrama dan surau. Kafeteria menyajikan hidangan tempatan dimasak segar setiap hari, dan boleh menyediakan makanan yang dibungkus atas permintaan.


Lubuk Tapah

Tidak jauh dari kompleks Pelawat adalah Lubok Tapah, tempat yang tenang di tepi sungai yang menghadap ke hutan. Anda boleh tidur di pondok hutan kuno atau jungle hut  di sini, dengan berlatar belakang sungai yang tenang . Kemudahan di Lubuk Tapah termasuk dapur awam, ruang makan, bilik mandi dan surau. Perlu diingat untuk membawa dapur, periuk, peralatan memasak dan bahan-bahan segar jika anda bercadang memasak.


Tapak Khemah Lubuk Merekek Campsite

Lubok Merekek terletak di lengkungan Sungai Selai, hanya 10 minit berjalan kaki dari Kompleks Pelawat. Tapak perkhemahan ini dapat menampung seramai 200 orang, ia mempunyai tanah yang lembut dan berpasir yang menjamin tidur malam yang selesa serta dapat melihat bintang-bintang di langit. Tapak ini juga dilengkapi dengan dapur umum, ruang makan, bilik mandi dan surau. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu membawa khemah anda sendiri, beg tidur dan peralatan perkhemahan lain yang diperlukan.