Endau-Rompin Selai | Tumpuan Tumbuhan Semulajadi

ALAMI KEINDAHAN AIR TERJUN DAN POKOK GERGASI DI LEMBAH SUNGAI SELAI

Ditubuhkan pada tahun 1993, Taman Negara Johor Endau-Rompin berkeluasan 48,905 ha adalah kawasan perlindungan terbesar  di Selatan Semenanjung Malaysia. Hutan hujan tertua yang teletak di Tenggara Johor ini merupakan khazanah biodiversiti dan habitat kritikal yang sangat penting bagi kelangsungan hidup megafauna yang terancam di negara ini, termasuk harimau malaya, tapir malaya dan gajah Asia.

Terdapat dua pintu masuk utama ke taman negara Johor Endau Rompin  iaitu pintu masuk Peta yang terletak di sempadan timur, di daerah Mersing dan pintu masuk Selai di sempadan barat daya, di daerah Segamat.

Pintu masuk Selai dinamakan sempena nama sungai utama yang mengalir melalui taman ini. Legenda Orang Asli tempatan mengatakan bahawa pada zaman dahulu, seorang puteri kayangan yang memiliki suhu badan yang panas turun ke bumi. Haba panas yang dikeluarkan dari tubuhnya menyebabkan sungai besar yang mengalir dari pergunungan Gunung Besar menjadi kecil sebesar rotan atau dalam bahasa tempatan, sehelai rotan (atau “Selai” dalam bahasa yang pendek ).

Sungai Selai lebih kecil berbanding sungai Endau dan Sungai Jasin di pintu masuk Peta namun, sungai Selai memberikan suasana yang tenang, dengan pokok-pokok Pelawan yang indah tumbuh di gigi air, dedaunannya membiaskan cahaya matahari ke pulau-pulau batuan kecil yang dikerumuni oleh hidupan akuatik.

Dalam bahasa masyarakat tempatan takah bermaksud “air terjun”, dan Selai sememangnya “Takah Country”. Beberapa air terjun yang terbaik dibuka kepada pelawat, menjadikanya tempat tumpuan yang menenangkan, jika rasa tidak mencabar, cubalah rentasi hutan hujan ini.

5 tempat menarik di Selai:

  • Takah Tinggi – Rasai aura semasa berdiri di kaki air terjun yang besar ini.
  • Tubing Sungai Selai – Gunakan kekuatan dan kecerdasan anda untuk menakluki jeram dengan tiub tayar dan dayung.
  • Takah Pandan – Nikmati keindahan air terjun dan tumbuh-tumbuhan unik yang mengujakan.
  • Laluan hutan – Pasti anda terpikat dengan semua benda-benda kecil yang dilihat di sepanjang laluan, baik pada siang hari dan pada waktu malam.

 

Galeri Foto