Panduan Tempahan

  1. Pilih pakej yang dikehendaki.
  2. Hubungi taman melalui telephone atau email
  3. Maklumkan butiran berikut bagi menadapatkan sebutharga.
    • Nama kumpulan
    • Jumlah peserta
    • Tarikh tiba dan pulang
    • Pakej yang dikehendaki
    • Kemudahan dan fasiliti
    • No telephone dan alamat email
  4. Bayaran deposit hendaklah dibuat 2 minggu sebelum tarikh lawatan.
  5. Pastikan anda dapatkan no telephone dan nama guide.
  6. Serahkan borang pendafaran yang lengkap ketika ketibaan.
  7. Tiba awal jika anda hendak mendaki dan turun pada hari yang sama. Masa pendakian bermula:
    • 00 am bagi pendakian sehari
    • 11 am bagi pendakian yang bermalam di tapak khemah kolam gajah
  8. Tempah sekurang-kurangnya 1 bulan awal terutamanya jika memerlukan penginapan.
  9. Pastikan bahawa hanya satu tempahan sahaja. Ahli kumpulan anda perlu menaggung kos tambahan jika membuat tempahan berulang.

Tip-Tip Pendakian

  • Jika perjalan mengambil masa berberapa jam pastikan anda membawa bersama makan tengahari, air minuman, makanan ringan dan baju hujan.
  • Pastikan anda membawa besama lampu suluh ketika kecemasan.
  • Beg galas yang kalis hujan bagi memastikan bahwa barang berharga anda tidak basah.
  • Sepasang pakaian yang besesuaian dan kasut ringan bertapak getah berbanding kasut kulit yang berat. Digalakan untuk memakai kasut getah adidas kampung yang murah dan boleh didapati di pecan-pekan kecil.
  • Pendaki hendaklah membawa besama baju kalis angin dan hujan, terutamanya jika mendaki ke puncak semasa terbit mentari dan terbenam. Di puncak ini cuaca menurun dengan sangat cepat dan keadaan angin yang kencang.
  • Pendakian tidak dibenarkan ketika bulan Dismber hingga Januari ketika musim monsson.
  • Wajib mendapatkan permit pendakian dan malim gunung ketika melawat ke air terjun dan mendaki.
  • Seorang malim gunung bagi 7 orang pendaki
  • Ikut arahan malim gunung setiap masa
  • Dilarang membawa keluar apa jua dari hutan. Dilarang meninggal apa-apa sampah di hutan.
  • Deposit samapah RM100 dikenakan bagi setiap kumpulan. Ranjer bertanggungjawab memeriksa beg anda sebelum dan selepas pendakian dan lengkapkan list barangan yang dibawa. Deposit sampah akan dipulangkan kembali jika anda dipastikan tidak meninggalkan sampah diatas gunung.
  • Had tapungan bagi pendakian adalah seramai 150 orang sehari di Taman Htuan Lagenda dan 60 orang sehari di Pos Asahan. Tempahan awal suapaya anda tidak kecewa.
  • Cuasa buku bermakna pendakian harus ditunda.
  • Bawa bersama baju kalis hujan dan angin kerana cuaca sejuk dan basah di puncak.
  • Merokok adalah dilarang di dalam kawasan Taman Negara Johor.

Senarai Semak Kelengkapan

Beberapa barangan yang berguna disenaraikan di sini. Sila semak dengan pihak berkuasa taman bagi senarai barangan yang anda bawa. Ia bergantung kepada kemana anda pergi dan tinggal.

  • Head light
  • Bateri gantian
  • Pakaian Trekking (Ringan, cepat kering. Jean tidak dibenarkan)
  • Pakaian renang
  • Wind breaker
  • Topi yang ringan
  • Kasut Trekking
  • Tuala
  • Wisel
  • Air Minuman
  • Bekalan makanan
  • Insect repellent
  • Pen knife
  • Pemetik api/mancis
  • Kit Kecemasan/ubat-ubatan
  • Makanan ringan (coklat, kekacang, energy bars, dan lain-lain)
  • Sleeping bag*
  • Sleeping mat*
  • Pakaian tidur
  • Selipar*
  • Alas untuk kawasan memasak (lebih kurang 5m2)*
  • Barangan mandian*
  • Camping rations
  • Camping stove and spare gas canister.
  • Cooking utensils
  • Khemah*
  • Lampu untuk perkhemahan

*Untuk perkhemahan/trip semalaman


Makanan

Kafeteria di Taman Hutan Lagenda, yang dikendalikan oleh katerer, hanya dibuka jika terdapat tempahan terlebih dahulu. Sila rujuk risalah ini untuk maklumat lanjut. Terdapat banyak kedai makanan, gerai dan restoran di pekan berdekatan seperti pekan Sagil dan Tangkak. Pekan Sagil betul-betul di luar taman. Tangkak pula mempunyai lebih banyak pilihan makanan dan hanya sekitar 15 minit perjalanan. Medan Selera Perhentian Bas Tangkak (Food Court Stesen Tangak) menawarkan pelbagai hidangan tempatan seperti asam pedas, mi bandung dan sup kambing.