Gunung Ledang | Gunung Lagenda


Taman Negara Johor Gunung Ledang ditubuhkan pada 2005 untuk melindungi gunung istimewa dan memelihara seluruh tumbuhan unik dan binatang yang bermastautin di sini. Kawasan perlindungan yang berkeluasan 8 611.9 hektar ini, merangkumi keseluruhan Ledang yang mempunyai ciri hutan hujan tropika yang luas dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air kritikal untuk negeri Johor dan Melaka.

Gunung Ledang juga menyimpan pelbagai kisah lagenda. Kebanyakkan lagenda mengesahkan seorang puteri misteri, Puteri Gunung Ledang. Dalam versi penceritaan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin/The Malay Annals), menceritakan bahawa Puteri Gunung Ledang telah menetapkan tujuh tuntutan yang mustahil kepada Sultan Melaka jika beliau mahu mengahwininya.

Gunung ini juga digelar dengan pelbagai nama. Pada abad ke 14, seorang pelayar Selat Melaka berbangsa China telah menggelar gunung ini sebagai “Kim Sua” bermaksud Gunung Emas dalam bahasa Hokkien. Gelaran ini diberi kerana dikatakan terdapat kewujudan emas di gunung ini. Seorang ahli kartografi British menggelar gunung ini sebagai Gunung Ophir, diambil dari nama lombong Opir yang membekalkan khazanah kepada Raja Solomon yang hilang. Nama “Gunung Ledang” mungkin juga sudah diciptakan semasa pemerintahan kerajaan Majapahit  lagi.  Ianya dikaitkan dengan bahasa Jawa lama, “Ledang” yang  bermaksud  sebagai “tinggi”, “jauh”, atau “menonjol”.

Walaupun emas tidak pernah ditemui di Gunung Ledang, tidak diragukan lagi bahawa Gunung Ledang meyimpan khazanah biodiversiti dan kawasan perlindungan penting untuk hidupan liar. Tidak hairanlah gunung ini telah diterokai oleh naturalis dan ilmuwan terulung sejak dari tahun 1800-an. Alfred Russel Wallace menghabiskan tempoh selama seminggu di sini mengumpulkan burung dan serangga pada tahun 1854, sedangkan H.N.Ridley pula menulis sebuah laporan tentang flora Gunung Ophir dalam edisi 1901 Jurnal Cawangan Straits of the Royal Asiatic Society.

Hari ini, Gunung Ledang merupakan salah satu destinasi pendakian gunung yang popular di negara ini iaitu antara 15,000 dan 20,000 pelawat terlibat dalam pendakian gunung bertinggian 1,276 meter setiap tahun. Pendakian ke puncak gunung mangambil masa setengah hari, ianya bukanlah satu pendakian yang mudah. Mereka yang berjaya mendaki puncak gunung akan mendapat ganjaran keindahan pandangan 360 darjah yang menakjubkan dari dataran sekitarnya,  jika cuaca membenarkan.

Taman Hutan Lagenda, merupakan pintu utama dan terletak di di selatan kaki gunung, berdekatan bandar Sagil di daerah Tangkak. Walaupun kebanyakan pelawat datang ke sini untuk mendaki, pintu masuk taman itu sendiri adalah tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti riadah seperti berkelah atau perkhemahan di tepi sungai. Destinasi ini sesuai untuk seisi keluarga, pelajar sekolah atau kumpulan syarikat. Terdapat pelbagai penginapan antaranya chalet, asrama, pondok hutan dan tempat perkemahan; manakala terdapat beberapa pakej berkumpulan ditawarkan, dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti tempoh halangan,  paintball dan santai bersama alam.

 

 

Galeri Foto