November 27, 2021 Berita Tiada Ulasan

PULAU BESAR, MERSING (Jumaat – 26 November 2021)

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor telah mengadakan sesi penilaian tahunan (KPI) terhadap pengurusan Taman – taman Negara Johor & Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI). Penilaian dilaksanakan oleh para pegawai setiap bahagian PTNJ bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengekalkan kepuasan pelanggan. Hal ini seterusnya dibincangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan PTNJ Bil.9 bagi tahun 2021 pada 26 November 2021 bertempat di Pulau Besar, Mersing.