Biodiversity Of Gunung Ledang Mountaineering The Nature

Penerbitan ini merupakan kerjasama antara Perbadanan Taman Negara Johor dan Universiti Sains Malaysia yang memaparkan keindahan dan kepelbagaian biodiversiti semulajadi yang terdapat di Taman Negara Gunung Ledang, yang lebih dikenali sebagai Taman Hutan Legenda Gunung Ledang. Gunung Ledang kaya dengan kepelbagaian biologi yang termasuk mamalia, burung, reptilia, amfibia, serangga, tumbuhan dan kulat.

Harga :-
Untuk tempahan sila hubungi : 07-2661301

 

The Forests and Biodiversity of Selai Endau-Rompin

Buku khas ini adalah penyusunan yang memuatkan lebih daripada 30 kertas kerja mengenai persekitaran semula jadi, jenis tumbuh-tumbuhan dan tumbuhan dan kehidupan haiwan yang terdapat di sepanjang Sungai Selai di barat daya hingga bahagian selatan-tengah Taman Negara Endau-Rompin di Johor.

Harga :RM 80.00
Untuk tempahan sila hubungi : 07-2661301

 

A Pictorial View of Its Beauty Pulau Kukup

Hutan Bakau memainkan peranan penting di mana-mana lokasi. Dari mengekalkan bekalan ikan dan udang, ia juga merupakan tulang belakang utama dalam mencegah berlakunya hakisan persisiran pantai. Dengan pengurusan secara efektif, pengeluaran kayu boleh dicapai dengan berkesan bersama-sama dengan pelbagai produk komersil dan bukan komersil yang mampan. Ia juga menyumbang kepada pemuliharaan hidupan liar dan eko pelancongan.

Harga :RM 40.00
Untuk tempahan sila hubungi: 07-2661301

 

A Field Guide to the Freshwater Fishes of Endau-Rompin Johor National Park

Buku ini mempamerkan penemuan dalam projek kajian ikan yang dijalankan di Sungai Endau, Sungai Jasin dan anak sungai di Taman Negara Johor Endau-Rompin. Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Alam Semulajadi Malaysia cawangan Johor meliputi lebih daripada dua tahun dan merangkumi 107 spesis. Taxanomy ikan telah dikemaskini berdasarkan versi terkini data ikan-ikan air tawar di Asia Tenggara.

Harga :RM 80.00
Untuk tempahan sila hubungi : 07-2661301