Tapak Ramsar | Tanah Lembab Kepentingan Antarabangsa


KONVENSYEN RAMSAR

Ditubuhkan di bandar Ramsar di Iran pada tahun 1971, Konvensyen mengenai Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa, atau dikenali sebagai Konvensyen Ramsar menyediakan rangka kerjasama di peringkat antarabangsa mengenai isu-isu tanah lembap. Sehingga Oktober 2018, sebanyak 170 buah negara dari seluruh dunia telah menjadi ahli Konvensyen tersebut. Misi Konvensyen adalah “pemuliharaan dan penggunaan bijak semua tanah lembap melalui tindakan tempatan dan nasional serta kerjasama antarabangsa sebagai sumbangan ke arah mencapai pembangunan mampan di seluruh dunia”.

Konsep “penggunaan bijak”, yang ditakrifkan sebagai “penyelenggaraan ekologi tanah lembap, melalui pelaksanaan dan pendekatan ekosistem, dalam konteks pembangunan lestari” adalah intipati Konvensyen. Konsep ini merujuk kepada pemuliharaan dan memanafaatkan tanah lembab dan semua perkhidmatan yang mereka sediakan adalah untuk manfaat bersama antara manusia dan alam semula jadi. Pihak yang menandatangani perjanjian perlu komited terhadap penggunaan tanah lembab dengan bijak di kawasan masing-masing mengikut dasar, undang-undang, pengurusan tapak dan pendidikan awam.

Pihak yang menandatangani perjanjian digalakkan untuk mencalonkan tapak tanah lembap untuk dimasukkan ke dalam Senarai Tanah Lembab Berkepenting Antarabangsa, atau dikenali sebagai Senarai Ramsar. Tapak-tapak yang dicalonkan akan dinilai berdasarkan satu set kriteria untuk menentukan sama ada ia “berkepentingan antarabangsa”. Kemasukan tapak di Senarai Ramsar mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan ciri, fungsi dan nilai ekologinya dikekalkan untuk manfaat generasi akan datang. Sehingga Oktober 2018, terdapat 2,306 tapak Ramsar di seluruh dunia, yang meliputi kawasan gabungan lebih dari 2.1 juta kilometer persegi.


RAMSAR DI MALAYSIA

Malaysia menjadi ahli Konvensyen Ramsar pada 10 Mac 1995. Sejak daripada itu beberapa dasar, rancangan, program dan projek telah dimulakan oleh Kerajaan Malaysia dan NGO, ke arah pemuliharaan dan memanfaatkan tanah lembap dengan bijak. Kementerian Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) berkhidmat sebagai Pusat Fokus Kebangsaan untuk Konvensyen Ramsar di Malaysia.

Setakat ini, tujuh kawasan tanah lembap di Malaysia telah diistiharkan sebagai tapak Ramsar:

  • Tasik Bera, Pahang (38,446 ha)
  • Tanjung Piai, Johor (526 ha)
  • Pulau Kukup, Johor (647 ha)
  • Sungai Pulai, Johor (9,126 ha)
  • Kuching Wetlands, Sarawak (6,610 ha)
  • Lembah Kinabatangan-Segama, Sabah (78,803 ha)
  • Kota Kinabalu Wetlands, Sabah (4.2 ha)

TAPAK RAMSAR DI JOHOR

Johor adalah penjaga kepada tiga daripada tujuh tapak Ramsar di Malaysia. Peratusan yang tinggi dari tapak Ramsar di Johor adalah satu petunjuk jelas tentang warisan semulajadi Negeri. Dua daripada tapak Ramsar, Tapak Ramsar Pulau Kukup dan Tapak Ramsar Tanjung Piai diuruskan oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), manakala Tapak Ramsar Sungai Pulai diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Johor. Pelan pengurusan terkini telah disediakan untuk ketiga-tiga tapak ini.

PTNJ telah menjalankan komunikasi, pendidikan, penyertaan dan kesedaraan awam (CEPA) di Pulau Kukup dan Tanjung Piai sejak tahun 2013. Objektif utama program ini adalah meningkatkan kesedaran awam tehadap tanah lembap terutamanya kepada sekolah, kolej dan pelajar Universiti. Maklumbalas dari program amat positif dan pemintaan tinggi dari sekolah dan kumpulan lain sepanjang tahun.


Pulau Kukup

Nombor tapak Ramsar: 1287
Kawasan tapak Ramsar: 647 ha
Tarikh Pengistiharan Tapak Ramsar: 31-01-2003
Peruntukan undang-undang:

1) Rizab Hutan Pulau Kukup
2) Taman Negara Pulau Kukup (Johor)

 Justifikasi penyenaraian tapak Ramsar:

Kriteria 1:
Mewakili tanah lembap yang jarang ditemui, atau contoh keunikan secara semulajadi atau hampir semulajadi yang terdapat dalam rantau biogeografi.

Kriteria 2:
Menyokong spesies yang sangat terancaman, terancam, atau spesis yang  kritikal atau komuniti ekologi terancam.

Kriteria 3:
Memberi perlindungan kepada populasi spesies tumbuhan dan / atau haiwan yang penting untuk mengekalkan kepelbagaian biologi rantau biogeografi tertentu.

Ringkasan tapak
Tapak Ramsar Pulau Kukup merangkumi sebuah pulau bakau yang tidak didiami; salah satu dari beberapa buah pulau yang masih utuh di dunia. Selain memberi perlindungan kepada beberapa spesies terancam di seluruh dunia, Pulau Kukup penting untuk mengawal banjir, perlindungan fizikal dan menstabilkan persisiran pantai,  juga sebagai pelindungi tanah besar daripada ancaman ribut. Selat yang sempit antara Pulau Kukup dan tanah besar menyokong industri sangkar marin yang berkembang maju, dimana sekitarnya kawasan berlumpur kaya dengan kerang yang menyediakan sumber makanan dan pendapatan bagi penduduk setempat. Industri pelancongan di pekan Kukup berkembang pesat menjadikan Pulau Kukup sebagai salah satu tarikan utama. Tapak ini juga bangunkan untuk pelancongan dan CEPA. Kemudahan yang disediakan termasuk pusat pelawat, laluan penjalan kaki dan platform dengan papan tanda arah, serta galeri di pejabat taman.


Sungai Pulai

Nombor tapak Ramsar: 1288
Kawasan tapak Ramsar: 9,126 ha
Tarikh pewartan tapak Ramsar: 31-01-2003
Peruntukan undang-undang: Rizab Hutan Sungai Pulai

Justifikasi untuk penyenaraian tapak Ramsar:

Kriteria 1:
Mengandungi wakil, jarang ditemui, atau contoh keunikan secara semulajadi atau hampir semulajadi jenis tanah lembap yang terdapat dalam rantau biogeografi yang sesuai.

Kriteria 2:
Memberi perlindungan kepada spesies yang terdedah ancaman, terancam, atau spesis yang  kritikal atau mengancam komuniti ekologi.

Kriteria 3:
Memberi perlindungan kepada populasi spesies tumbuhan dan / atau haiwan yang penting untuk mengekalkan kepelbagaian biologi rantau biogeografi tertentu.

Kriteria 7:
Memberi perlindungan sebahagian besar subspesies, spesies atau keluarga ikan asli, tahap sejarah hidup, interaksi spesies dan / atau populasi yang mewakili manafaat dan / atau nilai-nilai tanah lembap dan dengan itu menyumbang kepada kepelbagaian biologi global.

Kriteria 8:
Sumber makanan penting untuk ikan, tempat pembiakan, tapak semaian dan / atau laluan penghijrahan ikan, sama ada di dalam kawasan tanah lembap atau di tempat lain, bergantung.

Ringkasan tapak
Tapak Ramsar Sungai Pulai merangkumi sistem bakau sungai terbesar di Johor. Dengan adanya rumpai laut yang subur, kawasan berlumpur dan hutan persisiran sungai air tawar, tapak ini adalah salah satu contoh terbaik lembangan sungai tropika dataran rendah yang melindungi biodiversiti yang kaya dan unik. Ia adalah rumah kepada hutan bakau endemik Semenanjung Malaysia, Avicennia lanata dan tempat berlindung beberapa haiwan yang terancam di seluruh dunia seperti kucing berkepala rata (Prionailurus planiceps) dan memerang (Lutrogale perspicillata). Kawasan  sekitar tapak yang agak tidak terganggu, termasuk kawasan tebing yang ditumbuhi nipah (Nypa fructicans) boleh menjadi sarang buaya air masin (Crocodylus porosus). Tapak ini juga menjadi tempat berlindung penduduk orang asli dari suku Orang Seletar, yang menduduki kampung nelayan Kampung Simpang Arang terletak di dalam kawasan paya bakau. Penduduk kampung bergantung kepada muara, yang melindungi sebahagian besar ikan komersil, sebagai mata pencarian mereka. Malangnya, tapak ini terletak di kawasan pertumbuhan ekonomi Iskandar dan menghadapi tekanan pembangunan yang tinggi. Baru-baru ini, kira-kira 2,000 ekar bakau di bahagian tenggara di tapak Ramsar telah di gunakan untuk membuat jalanraya untuk ke resort golf  termasuk tiga padang golf 18 lubang, sebuah hotel mewah dan hartanah kediaman berkepadatan rendah.


Tanjung Piai

Nombor tapak Ramsar: 1289
Kawasan tapak Ramsar: 526 ha
Tarikh pengistiharan tapak Ramsar: 31-01-2003
Peruntukan undang-undang:
1) Rizab Hutan Tanjung Piai
2) Taman Negara Tanjung Piai (Johor)

Justifikasi penyenaraian tapak Ramsar:

Kriteria 2:
Memberi perlindungan kepada spesies yang sangat terancaman, terancam, atau spesis yang  kritikal atau komuniti ekologi terancam.

Kriteria 8:
Sumber makanan penting bagi ikan, tempat pembiakan, tapak semaian dan / atau laluan penghijrahan ikan, sama ada di dalam kawasan tanah lembap atau di tempat lain, bergantung.

Ringkasan tapak
Tapak Ramsar Tanjung Piai merangkumi hutan bakau pinggir pantai dan kawasan berlumpur yang mengelilingi hujung benua Asia. Bakau memainkan peranan penting dalam melindungi penempatan manusia berhampiran dari hakisan pantai, banjir dan limpahan air laut. Tanjung Piai melindungi spesies yang bergantung kepada tanah lembap yang terancam dan terdedah kepada ancaman seperti Mangrove Pitta, Mangrove Blue Flycatcher dan Mangrove Whistler, serta Adjutant Lesser yang terancam secara globalnya. Empat sungai yang melalui tapak ini mempunyai pelbagai spesies ikan bernilai komersial. Tapak ini adalah destinasi pelancongan dan CEPA yang penting. Kemudahan yang ada di sini termasuk pusat pelawat, dewan, laluan penjalan kali, jeti, galeri audio visual dan tapak perkhemahan yang unik di dalam hutan bakau. Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia telah diadakan di sini sejak 2003. Oleh kerana keadaan trafik laut yang tinggi, tapak ini telah terjejas oleh tumpahan minyak dan hakisan pantai yang mengakibatkan kehilangan kawasan hutan bakau. Walau bagaimanapun, usaha dan sumber yang penting telah diberikan untuk melindungi tapak dari hakisan yang berterusan dan membaikpulih bakau yang sebelum ini telah terhakis .

 

Galeri Foto