Prosedur Permohonan Kajian / Penyelidikan Di Taman Negara Johor
 

  1. Para penyelidik perlu mengemukakan surat kepada Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor untuk kelulusan program penyelidikan di Taman Negara Johor.
     
  2. Penyelidik perlu melengkapkan borang pendaftaran penyelidikan yang boleh didapatkan di Pejabat Perbadanan Taman Negara Johor atau dimuat turun
    di laman web rasmi PTNJ www.johornationalparks.gov.my (Sila kemukakan semua salinan dokumen yang diperlukan). Pihak kami akan memberi maklumbalas dalam masa 3 hari berkerja melalui faksimili atau pos.
     
  3. Pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan, penyelidik perlu mendaftar masuk dan : – 
     
    a) Membuat pembayaran permit pemuliharaan dan insuran.
     
    b) Bekalan makanan semasa program penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik.
     
  4. Penyelidik dari luar negara perlu mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Economi Negeri (EPU) .
     
  5. Setelah mendapat kelulusan, penyelidik perlu mengikut segala peraturan di Appendix C.
 
 
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui email:
penyelidikanptnj@gmail.com