Aktiviti

Kebanyakan resort di pulau-pulau menyediakan pelbagai aktiviti untuk tetamu mereka. Walau bagaimanpun aktiviti-aktiviti ini berbeza-beza bergantung kepada infrastruktur dan fasiliti yang ada, antaranya :

  • Island hoppingdan snorkeling – meneroka pantai terpencil dan terumbu karang di sekitar pulau-pulau kecil.
  • Sukan air– meluncur angin, kayak atau banana boat merentasi air yang membiru.
  • Selam skuba– mengambil pakej menyelam untuk meneroka terumbu karang di pulau-pulau atau mendaftar untuk mengikuti kursus persijilan open water   jika anda belum belajar menyelam.
  • Trekking– meneroka hutan pesisir pantai dan mengabadikan pemandangan yang cantik di sepanjang laluan yang merentasi pulau-pulau.
  • Memancing– Sewa bot untuk memancing laut dalam yang tidak akan dapat dilupakan di Pulau Pemanggil atau Pulau Aur.
  • Kebudayaan tempatan– menerokai kampung dan menghabiskan masa berbual dengan penduduk tempatan.

Taman Negara Johor menganjurkan program-program pemuliharaan marin dan aktiviti-aktiviti dari semasa ke semasa. Pihak yang berminat boleh menghubungi kami secara langsung untuk mendapatkan maklumat lanjut.