Setiap resort mempunyai fasiliti dan perkhidmatan sendiri. Infrastruktur awam utama yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Mersing adalah Jeti Mersing dan Jeti Tanjung Leman. Fasiliti yang disediakan di kompleks jeti ini termasuk ruang letak kereta, restoran, kedai serbaneka dan tandas.