TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR | Air Jernih Bak Kristal Kepulauan Seribuat

SANTUARI UNTUK DUGONG, PENYU DAN HIDUPAN LAUT


Terletak di perairan tenggara Semenanjung Malaysia, kepulauan Seribuat mempunyai beberapa pantai berpasir yang paling indah dan airnya yang sangat jernih. Kesemua pulau-pulau yang terletak di perairan Johor ini adalah dilindungi dibawah pengurusan Taman Laut Sultan Iskandar. Pualu-pulau Seribuat ini terletak di perairan pantai Mersing, Terdiri daripada 41 pulau yang dibahagikan kepada lima gugusan utama; iaitu Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.

Dalam jangkamasa yang pendek dengan menaiki bot dari tanah besar , kebanyakan pulau besar didiami oleh komuniti nelayan tradisional Melayu tempatan, yang telah berada di sini sejak zaman dahulu ketika para lanun ganas berkeliaran di lautan. Lanun pun telah lama dihapuskan dan pulau-pulau kini sudah mempunyai pelbagai rumah tamu dan resort yang sesuai dengan keperluan pelancong tempatan dan asing.

Berehat di tepi pantai, berenang di air yang jernih seperti kristal dan melakukan aktiviti sukan air adalah sesuatu yang berharga, di bawah desiran ombak pula terletak terumbu karang yang sihat dan cantik dengan pelbagai bentuk kehidupan yang menanti untuk diterokai, manakala perjalanan memancing di laut dalam adalah aspirasi pemancing berani

Secara ekologi, pulau-pulau ini mempunyai gabungan flora dan fauna yang unik termasuk dari spesies asal, endemik dan juga yang jarang dijumpai atau yang terancam secara global – baik di darat maupun di bawah air. Membentuk sebahagian daripada Geopark Mersing, pulau-pulau ini juga memiliki warisan geologi yang unik. Formasi batu lava berusia 248 juta tahun boleh ditemui di tempat-tempat tertentu, seperti di bahagian tenggara Pulau Sibu.

 

 


Galeri Foto