Tanjung Piai | Penghujung Benua Asia

DI MANA TANAH DAN LAUT BERTEMU

Dari perspektif geografi, Tanjung Piai (dikenali juga sebagai: Cape of the Golden Leather Fern) terletak sudut yang sangat istimewa di dunia. Pada latitud 1° 16.00′ Utara, Tanjung Piai merupakan penghujung selatan di daratan Asia, atau lebih tepat benua Eurasia. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa tempat di mana dua negara jiran (Singapura dan Indonesia) dapat dilihat serentak.

Taman Negara Tanjung Piai (Johor) ditubuhkan pada tahun 1997 untuk melindungi tapak unik ini; terutamanya, paya bakau dan kawasan berlumpur yang saling memberikan fungsi penting kepada ekosistem kita. Pada tahun 2003, Taman Negara Tanjung Piai diiktiraf oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tapak Ramsar, atau Tanah Lembap Berkepenting Antarabangsa.

Ketika di awal penubuhan taman, adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat secara  berterusan untuk melindungi hutan bakau yang menghadapi masalah hakisan yang serius disebabkan oleh gelombang yang kuat terutamanya  dihasilkan oleh beribu-ribu kapal tangki yang berlayar setiap tahun, serta kejadian pencemaran sekali-sekala dari tumpahan minyak dan pembuangan air balas secara haram. Dengan pemasangan pemecah ombak ditambah pula dengan penanaman semula pokok bakau secara intensif, arus pasang kini telah berubah, dan banyak kawasan yang sebelumnya terhakis kini telah ditumbuh semula oleh hutan bakau yang sihat dan taman ini kini berada dalam keadaan yang lebih baik.

Berkeluasan 325 hektar, Tanjung Piai adalah taman yang terkecil namun yang paling banyak dikunjungi di antara lima Taman Negara Johor. Sudah pasti ianya menjadi tempat yang menarik untuk anda menghabiskan masa sehari, menghayati keindahan, mengambil gambar pemandangan dan mengagumi hubungan antara manusia dan alam semula jadi. Taman ini mempunyai kemudahan yang cukup untuk pelawat yang datang termasuk rangkaian laluan penjalan kaki berkembar sepanjang 1.2 km, kompleks pelawat yang menempatkan galeri maklumat, serta tapak perkhemahan yang unik di dalam bakau.

 

Galeri Foto